UTeM Conference Systems, Malaysia University Conference Engineering Technology

Font Size: 
Kesan Pembangunan Jalan Raya Terhadap Pembelajaran Pelajar dari Aspek Keselamatan
Nur Shazwan Mohd Solhi, yusmarwati yusof

Last modified: 2014-10-29

Abstract


Jalan raya adalah penting untuk pengguna agar keselesaan di atas jalan raya dapat dikecapi dan pembangunannya memudahkan pengangkutan serta menyumbang kepada kelancaran trafik. Walaubagaimanapun, pengangkutan adalah berkait rapat dengan kemalangan jika trafik di jalan raya tidak dikawal atau keadaan jalan raya yang rosak. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pembangunan jalan raya terhadap pembelajaran pelajar dari aspek keselamatan. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti jumlah pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan apakah faktor yang memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar. Kajian ini akan difokuskan kepada institusi-institusi pendidikan di sepanjang laluan Ayer Hitam-Sri Gading di negeri Johor, terutamanya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Lokasi kajian ini mempunyai trafik yang tinggi pada waktu puncak hasil daripada pembangunan jalan raya di kawasan ini. Kajian ini dijangkakan akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar dari aspek keselamatan kerana mereka terdedah kepada risiko kemalangan yang mereka perlu hadapi setiap hari, dan akan turut memberi kesan negatif terhadap pembelajaran pelajar.


Full Text: PDF